dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Presint 9 Fasa 10, Putrajaya
  • Utama
    • Mengenai NADI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim NADI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Latihan Keusahawanan Bersama Pelajar Giat Mara – Platform Shopee

17 Ogos 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 16 Ogos 2023 (Jumaat) – NADI Putrajaya telah meneruskan Program Latihan Keusahawanan untuk Pelajar Giat Mara Putrajaya sesi 2/2024. Bagi modul ke-2 ini pelajar yang hadir berpeluang untuk mempelajari salah satu platform e-marketplace, Shopee yang merupakan salah satu platform yang menjadi trend terkini

Sesi pembelajaran dimulakan dengan pengenalan kepada perniagaan online Shopee oleh Petugas NADI Presint 16, Cik Balqis dan sub-modul seterusnya disampaikan oleh Puan Dahiyah mengenai cara-cara membuka akaun Shopee Shop dan petugas NADI membantu pelajar Giatmara Putrajaya untuk menghasilkan kedai Shopee mereka secara individual untuk memudahkan proses pembelajaran. Pelajar berpeluang unutk mempelajari cara untuk membuka akaun, memuatnaik gambar dan maklumat produk, proses penghantaran barang dan sebagainya

Pada sesi seterusnya, Puan Dahiyah memberi tunjuk ajar cara membuat live di Shopee dan berkongsi tips-tips yang berkesan ketika membuat live bagi menarik minat pelanggan. Sebagai aktiviti tambahan pelajar diminta untuk membuat live di akaun yang telah didaftarkan untuk menambah pengetahuan dan pengalaman mereka

Program ini diadakan selama dua jam bermula 10.00 pagi sehingga 12.00 tengahari bertempat di Bilik Latihan NADI Presint 16 yang dihadiri oleh 10 orang pelajar Giat Mara. Program diakhiri dengan sesi bergambar pelajar bersama Petugas daripada NADI Presint 9 Fasa 3, NADI Presint 9 Fasa 10, NADI Presint 16 dan NADI Presint 18

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas

© 2014 - 2024 Semua Hakcipta Terpelihara.